Academy & komuniti untuk peniaga yang nak bina bisnes printing, bermula dari sebuah thermal printer di rumah.
Dulu ticer kerja fulltime, 9 ke 5, sama macam orang lain. Tapi ticer rasa buntu, sebab masa yang ada tak pernah cukup. Waktu tu, adik ticer sedang sakit kanser, dan ticer kena bahagi masa antara kerja dan jaga adik. Kerja office yang rigid buat ticer rasa terperangkap, tak dapat fokus sepenuhnya untuk ada di sisi orang yang disayangi.
Kekangan masa itulah yang buat ticer terdesak cari bisnes yang boleh buat dari rumah, ikut masa sendiri, supaya boleh terus ada untuk adik sepanjang masa yang tinggal. Dari situ ticer jumpa idea jual sticker label guna thermal printer. Mula-mula, pendapatan cuma RM200 sebulan. Sekarang, secara part-time je, ticer boleh jana RM1,000–RM2,000 sebulan dari sticker.
Kalau ticer yang kerja fulltime dan kena uruskan family pun boleh buat bisnes ni secara part-time, kenapa tak anda? Sebab tu ticer tubuhkan Sticker Singgit. Bukan untuk tunjuk-tunjuk. Tapi sebab ticer tahu, kalau ticer jumpa blueprint macam ni dulu, ticer boleh mula lebih awal.
Bantu orang biasa bina bisnes printing dari rumah, dengan skill printing, ilmu bisnes, dan komuniti yang menyokong. Modal kecil, sistem yang betul, hasil yang nyata.
Menjadi academy printing pertama di Malaysia yang berkongsi peluang jana pendapatan dengan mesin printer, bermula dengan sticker thermal printer hari ini, berkembang ke poster, 3D printer, dan pelbagai jenis printing lain. Satu komuniti peniaga printing yang saling mengangkat, menyasarkan 10,000 pelajar menjelang 2030.